Kenapa Sambung Master?

Kalau ade yang pening-pening kenapa tetibe bukak topik pasal sambung master mungkin korang patut baca entri yang ni dulu..hehe

Kata orang bila kita buat keputusan tentang mesti bersebab kan?  Begitu jugak la dengan apa yang jadi kat aku dulu.  Keputusan nak sambung belajar bukan satu keputusan yang popular. Sebab antara kawan-kawan aku termasuk kawan sekolah dengan kawan masa diploma dan ijazah dulu ramai yang tak nak sambung.  Dah malas katanya nak mengadap buku dan semua memang aim nak kerja.  So tinggal la bape ketul je yang terus berjuang dalam arena akademik sebagai pelajar pasca siswazah.

Sambung master ni memang atas kehendak sendiri sebab ni adalah personal target aku sendiri dalam hidup.  Sekurang-kurangnya kalau boleh nak belajar sampai peringkat ini.  Cuma masa tu tak tau lagi bila nak sambung.  Terus sambung atau kerja dulu kemudian baru sambung atau kawen dulu atau…#eh

Sementara hati tengah berbolak balik tu aku pun try la mohon online.  Saje test line mana la tau boleh dapat kan.  Yang paling bestnya aku terfikir nak sambung ni ketika tarikh tutup untuk permohonan master ni masih ada dua minggu lagi (tarikh tutup penghujung bulan Mei 2013). Kalau terlepas aku hanya boleh mohon hujung tahun pulak dan rugi satu semester.  Intake biasanya dua kali setahun iaitu September dan Januari.

Selepas ditimbang-tara akhirnya ini la 3 kursus yang aku mohon.  Semuanya taught course dan bukan by research:

  1. UKM – Master of Engineering (Mechanical)
  2. UiTM – Master of Business Administration (MBA) Fast Track
  3. UTM – Master of Engineering (Industrial Engineering)

Mulanya nak mohon MBA je sebab kursus ni khas untuk pelajar kejuruteraan dan boleh dihabiskan dalam tempoh setahun.  Tapi lepas kena basuh dengan supervisor final year project aku mohon lagi dua kursus tu.

Suprisingly tiga-tiga dapat! Ahh sudah..dah bertambah pening.  Tengah fikir nak sambung ke tak lepas tu tiga-tiga mintak semuanya dapat.

Dek kerana outcome nya sebegitu rupa aku decide untuk sambung.  Mungkin ini signal yang Allah bagi supaya sambung lagi study.  Biarlah ‘tertinggal’ setahun setengah dengan kawan yang lain dan mungkin ade rezeki lain yang Allah nak bagi.  Lagi pun semangat nak belajar masih ada lagi berbaki.

Kenapa pilih Industrial Engineering bukan MBA?

Okay macam aku cakap tadi mulanya ingat nak amek kursus MBA dan lagi dua kursus tu memang tak pernah terlintas langsung di ingatan.  Target masa tu hanyalah sambung master tanpa menetapkan dalam bidang apa.

Dengan yakinnya ku bawa idea ini ke puan supervisor untuk memohon pendapat.  Sekali diberi pencerahan selama sejam!  But don’t get it wrong..dengan pencerahan ni la yang dapat mengelakkan aku buat silap dalam memilih kursus yang sesuai.  Keputusan masa ni sangat penting sebab ia berkait dengan masa depan.  Kalau tersalah buat keputusan masa yang dah terlepas tu tak akan dapat diulang kembali.

Dah la tinggal berapa hari je lagi sebelum tutup permohonan.  Syukur.

Antara alasannya ialah MBA tu tak boleh digunakan untuk jadi pensyarah sama ada kat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal atau kat Fakulti Pengurusan.

Sebabnya takde ijazah dalam bidang pengurusan (jadi tak boleh jadi pensyarah pengurusan) atau dalam keadaan lain takde ijazah sarjana dalam bidang mekanikal (jadi tak boleh jadi pensyarah mekanikal).

Tapi MBA ni memang kursus yang agak terbuka.  Ijazah hampir dari mana-mana jurusan pun boleh amek kursus ni.  Kebanyakan yang aku tengok yang amek MBA ni (terutamanya mereka yang bergelar jurutera) sebab nak naik pangkat ke level pengurusan.

Selain tu, katanya lagi alang-alang dah belajar pasal mekanikal lagi molek sambung pun benda yang berkaitan dengan mekanikal.  Sekurang-kurangnya boleh belajar lagi mendalam untuk tambah ilmu.

Akhirnya aku buat keputusan untuk sambung Industrial Engineering.  Nak belajar pasal “the software side of manufacturing” pulak lepas hampir enam tahun belajar pasal pure mechanical. So tawaran Master in Mechanical Engineering daripada UKM pun aku tolak.

Ade sesape yang pernah mengalami dilema macam ni jugak masa nak sambung Master dulu? Kalau ada boleh share kat komen.

Tu je dulu untuk kali ini.  Lepas ni aku akan share pulak pasal “Master by coursework atau by research: Mana satu pilihan hati?  Hehe.

fitri johari

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com
fitri johari

Latest posts by fitri johari (see all)

6 Replies to “Kenapa Sambung Master?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: