Pagi semalam tersebarnya berita kematian Osama Bin Laden, seorang yang amat dikehendaki oleh pihak Amerika Syarikat samada hidup atau pun mati dan menduduki tangga pertama orang paling dikehendaki di sana. Beliau dituduh kerana menjadi arkitek kepada serangan 11 September di World Trade Center (WTC) New York. Sejak daripada 911, ‘pengganas’ ini menjadi buruan sehingga kepada kematiannya semalam. Beliau dikatakan mati selepas serangan yang dilakukan tentera AS di kawasan pergunungan kat Abbottabad, Pakistan.
Pengumuman rasmi dibuat oleh Presiden AS dan beliau dengan bangganya menyatakan ianya merupakan kejayaan besar AS dalam misi menumpaskan rangkaian pengganas khususnya Al-Qaeda. Habis je pengumuman, rakyat AS berkumpul di serata bandar untuk meraikan kematian musuh diorang. Pastinya orang yang paling lega ialah keluarga mangsa yang mati mase 911 tu termasuk yang naik kapal terbang dan yang ade dalam bangunan WTC ketika kejadian.
Sebagai seorang Islam, tak pasti samada nak rasa sedih atau pun gembira dengan kematian seorang yang dianggap sebagai pejuang Islam (oleh orang Islam dan pengganas bagi orang Barat) ni. Masa berita ni mula keluar pun macam susah je nak percaya sebab dah ada yang mempersoalkan kesahihan imej mayat Osama yang tersebar kat internet. Ada yang kata imej tu dah diedit. Tindakan AS menguburkan jasad beliau kat laut juga menguatkan lagi spekulasi bahawa ia hanyalah propaganda semata-mata untuk menutup kelemahan AS yang masih gagal menghapuskannya walaupun hampir 10 tahun peristiwa 911 berlalu.
Tapi pada saya dia mati atau tidak itu bukan masalahnya sebab peristiwa 911 pun adalah sesuatu yang telah dirancang dengan tujuan untuk menyemai rasa Islamophobia kat masyarakat barat. Kalau korang baca teori konspirasi korang akan lebih faham kenapa saya cakap macam ni. Semuanya macam telah dirancang rapi. Nak percaya atau tak tu ikut pendapat masing-masing.
Kalau betul pun, kira hebat jugak la si Osama ni. Sebab hampir sepuluh tahun AS amek masa untuk membunuhnya walaupun diorang ada banyak gajet canggih termasuk sistem perisikan yang mantap untuk mengesan musuh. Entah berapa la duit diorang perabis untuk cari Osama ni.
Korang rasa Osama patut diangkat sebagai pejuang yang membela agama Islam atau patut je dicop sebagai pengganas?
p/s: Osama mati riuh dicanang media barat. Orang Palestin mati setiap hari dibantai tentera Israel buat dekk je.
- Bahasa Paling Susah Di Dunia! (9)
- Suggestkan Aku Laptop Yang Mana Satu! (82)
- Pak Cik Disukai Ramai Bersara Hari Ini (30)
- Linux Newbie: Distro Mana Satu Yang Sesuai Dengan Anda? (28)
- Guna Photoshop Memang Susah! (37)

Tadi gi link yang ‘semuanya macam telah dirancang rapi’ tu. Haah. Macam main teka-teki dalam gameshow pulak. Is it true or false.
Btw, dalam blog Mazidul pun ada tunjuk gambar Osama yang di edit dari mayat orang lain. Again, is it true or false, the answer = Wallahualam.
kajian teori konspirasi memang macam tu..banyak bende samar-samar..sangat halus..lepas tu memang kena cantumkan klu yang macam jigsaw puzzle tu untuk dapat kepastian..
memang salute la dengan pengkaji teori konspirasi
apa pun Allah maha mengetahui..
fitri´s last [entry] ..Kematian Osama- Berita Gembira Atau Duka
Aku pn dh tengok ada blog2 yg memaparkan pict2 osama yg dh di-edit.Tapi aku nk tnya something…Did peace can be maintained after osama’s death? as long the power is in the hands of america and israel, i doubt it.Wallahualam
budak kampung´s last [entry] ..First K-Pop Malaysiaeeuuwww
pada aku pengganas sebenar adalah amerika sendiri..banyak tindakan menindas di negara yang dijajahnya dan secara terang-terangan menyokong tindakan opresif kat orang palestin.kalau die tak usik negara islam, pejuang islam pon tak kacau diorang.
selagi ade kerajaan amerika selagi tu dunia tak aman sebab diorang sendiri menyokong teroris israel
fitri´s last [entry] ..Kematian Osama- Berita Gembira Atau Duka
tipu je tuh
tengok gambar dah tahu photoshop
konon ar obama tengok saksi kejadian tu
ceyt~
syahrilhafiz´s last [entry] ..Renungan Bersama- Bacalah Wahai Sahabatku
gambar lama militan yang diedit..diorang tak ley tipu kat dunia siber ni..ramai ley kantoikan…
diorang anta movie production kot kat situ..haha..abama kan director
Tengok pic tu da tau phostosgop bulat2 ,takut jugak la bile fikrkan tindak balas pengikutnya nanti,takut terkena kepada yang tk berslah pulak
Azhar@Shed Plans´s last [entry] ..Metal Garden Sheds – The Good and Bad
kalau die btol2 mati lagi la al qaeda mengamuk..apa pun keterlibatan osama dalam keganasan pun masih samar-samar..kite pon tak pasti sebab puak amerika ni pon pandai putar alam gak
Aku tak pasti nak mengangkat Osama ni sebagai seorang pejuang Islam ke tak. Disebabkan pengakuan Al-Qaeda tentang peristiwa 11/9, Islam semakin dibenci Barat dan dilabel sebagai agama yang menyokong keganasaan.
AMiRU´s last [entry] ..Rainbow – To Me
konspirasi tue jer..
bese ar..
nak naikkan ekonomi amerika diorg tue..
sazuwi´s last [entry] ..Terima Kasih Majlis Perbandaran Seremban
naikkan kemungkinan diorang kene serang lagi..huhu
Saya sokong fitri, Amerika sebenarnya penjenayah No: 1 didunia ni, Bangun laa umat Islam Seluruh Dunia buka mata dan minda…
dizie´s last [entry] ..Rahsia Teknik Pemasaran Kreatif Usahawan Kuih Raya
osama sbnrnya tak mati lg…tu je yg dpt sy katakan :P
saya pun percaya die masih hidup
fitri´s last [entry] ..Review- Setahun Bersama Onebytes Hosting!
osama bkn org CIA gak ke??