Ini Kubur Ke Rumah?

Share if you love this!

Alhamdulillah masuk minggu kedua semester ini.  Semua kelas dah start macam biasa lepas semua masalah pendaftaran kursus selesai.  Semester ni saya perlu mengambil subjek CTU yang dah ditinggalkan hampir 3 tahun yang lepas.  Student UiTM komfem familiar dengan kod subjek ini.  Lebih kurang macam subjek pendidikan Islam la masa kat sekolah dulu.  Tak tahulah korang panggil dengan nama apa pulak kat universiti masing-masing.

Masa tengah terangkan pasal bab ekonomi di Malaysia dalam kelas, ustaz sempat cite sikit mengenai mendiang Tan Sri Lim Goh Tong.  Kalau korang tak kenal beliau adalah Pengerusi Kumpulan Genting yang terkenal dengan industri judi yang dipeloporinya kat Genting Highlands dan merupakan antara individu terkaya di Malaysia.  Menariknya beliau tak pandai membaca dan menulis sepanjang hayatnya.  Hebat bukan?  Susah nak jumpa orang berjaya yang tak pandai membaca dan menulis.

Balik je rumah terus google apa yang patut.  Mendiang dikuburkan di Goh Tong Memorial Park, Goh Tong Jaya nun di Genting Highlands.  Yang lagi gempak kuburnya macam rumah mewah!

Kubur atau rumah bawah tanah?

siap ada LCD Flat Screen lagi

Kesahihan gambar tak dapat dipastikan tapi bila digoogle gambar ni pulak yang kuar.  Sebab daripada berita yang saya sempat baca, media pun tidak dibenarkan membuat liputan kat kawasan memorial ketika hari pengebumian.

Orang cina juga percaya akan kehidupan selepas mati sama macam orang Islam.  Cuma ada perbezaan dari segi cara kita mempercayainya.  Mereka percaya kehidupan selepas mati lebih kurang macam kat dunia sebab tu kebanyakan peralatan yang digunakan oleh orang yang masih hidup macam TV, kerusi, katil, duit dan lain-lain diletakkan dalam kuburnya sekali kerana percaya akan digunakan oleh roh si mati.

Orang Islam pulak percaya kehidupan selepas mati itu ada dan dipanggil alam barzakh.  Alam sementara menuju ke alam akhirat dan tak sama dengan alam dunia ketika masih hidup.  Sebab tu tak pernah tengok lagi jenazah orang Islam dikuburkan dengan hartanya sekali.  Kain kapan jela harta yang ada dalam liang lahad tu.

Nota selipar jepun: Biar rumah kecik kat dunia tapi besar kat akhirat.

sumber: Carigold

fitrijohari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.

Latest posts by fitrijohari (see all)

68 thoughts on “Ini Kubur Ke Rumah?

    1. fitri

      kalau media pun tak ley masuk..pekerja lagi la..

      katenye mase kat tanah perkuburan hanya ahli keluarga dgn kenalan terdekat je yang boleh masuk

      besar ke kawasan goh tong memorial park tu?
      fitri´s last [entry] ..Ini Kubur Ke Rumah

      Reply
  1. myvitrd

    dia orang ingat kalau dah mati boleh idup semula kot..tu yang semua benda bawa masuk kubur sekali.. nasib abik meja kasino dengan kereta tak masuk sekali dalam tu.. hahaha

    Reply
  2. nurmisnan

    nice sharing here brother…
    di johor bukan sajer rumah tapi ber air cond.. hu3
    dah mati pun ada rasa panas yer.. dahsyatttt

    kita mati malaikat lagi ler panaskan kubur
    negeri mendengar suaranya
    takut dgn seksaan2 kerana itu suruhan Allah
    dah bersediakah kita untuk alam barzakh??
    nurmisnan´s last [entry] ..Gubahan dan tangan

    Reply
  3. RedBoys

    alahai. bila duit terlalu banyak, inilah yang dibuat. pelik. kaya tapi taktahu membaca dan menulis. tak pelik sangat. ada individu lain yang berjaya ada juga kekurangan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: