Genap Setahun Aku Berblogging

26/10/2010..  Alhamdulillah… genap sudah setahun saya melibatkan diri dengan blogging dan menjadi sebahagian daripada komuniti blogger yang turut disertai oleh ribuan lagi blogger lainnya.  Setahun ini jugalah banyak benda yang saya pelajari melalui dunia blogging.Pada mulanya kurang berminat untuk berblogging memandangkan masa yang terbatas untuk mengadap laptop.  Masa tu boleh kira lah berapa kali bukak laptop dalam seminggu.  Sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai JPK kolej dan pada masa yang sama sebagai pelajar.  Buang masa je buat blog masa tu kalau jarang berupdate.  Jadi hasrat itu ditangguhkan sampailah kepada tarikh 26/10/2009.  Pada tarikh ni la post pertama yang saya tulis.

Bismillahirrahmanirrahim…

location :di keheningan malam sabtu yang berbahang…5.15A Kolej Zamrud
time: 2.00 am in da moning :)

yeep!! akhirnya dapat gak stat blog nih..

Actually lme dah nk stat blog ney pas tgk rmi mmbr yang da jd blogger…tp bkn la kerana dek rminye mmbr yang da set up blog menyebabkan diri ini terdorong nk open blog sendiri. Tapi sbb rasenye dlm sisi yang laen from blogging ni la kte dapat luaskan lg network ngan orang laen. Maybe dari blog la kite dapat jumpe member2 yang mungkin da lme xjumpe or just to make a new friend. Ikutkan niat di hati ni nak bukak blog sendiri da lame da. Tapi disebabkan kesibukan diri yang mengalahkan perdana menteri ngan aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud (JPKZ) UiTM Penang ngan Persatuan Kesenian Islam (PKI) membantutkan hasrat hati ni.huhu ^^..
But from now on, pas da lepas jawatan so ade la sket mase free yang ley diisi untuk blogging.

For this blog, is just a place for me to express my view on anything that I see in this world and share it with others especially in bloggers communities. I never have any intention to make my blog as a favourite blog for others since Im just new here. There a lot of things that i should learn to become a good blogger. Since that i eager to learn, thus that is not a problem! Hope u will guide me~
There are a lot of of outstanding bloggers out there and I am hoping that i can become one of them. InsyaAllah..
Ok thats all for now..
With Allah will, more posting will follow later..Nitez guys ^^

p/s: sory ngan bahase ngan tonggang-langgang (tol ke eje nih?huhu) ngan bhase yang cm da kne blender. xpe arr..kte nk prepare tuk MUET..hehe

Kalau korang baca bahasa memang tunggang langgang habis.  Masih baru dan tak tahu macam mana nak menulis dengan baik.  Tulis sesedap rasa je.  Sekarang ni pun masih lagi bertatih lagi dalam menulis entri.  Bukan mudah sebenarnya untuk menulis sesebuah entri.  Memerlukan masa dan kemahiran untuk menyusun ayat supaya dapat menarik orang membacanya.  Tapi lepas menerjah beberapa blog blogger senior yang lain untuk dijadikan panduan barulah gaya penulisan diperbaiki sikit-sikit.  Diorang semua ada gaya penulisan masing-masing tau.

Dalam tempoh kurang setahun juga saya berhijrah daripada blog percuma kepada blog berhosting sendiri (self-hosted).  Daripada AnaFitri kepada myfitri.  Saje nak merasa guna hosting sendiri dan memang terbukti pengalaman berblogging lagi best berbanding masa guna blogspot dulu.  Biasalah, benda berbayar.  Mestilah best kan?hehe…Jadi siapa yang masih menggunakan blogspot tu dialu-alukan untuk beralih angin kepada wordpress cepat-cepat.  Murah je untuk pakej setahun.  Belanja awek lagi mahal.

Untuk tahun kedua ini, ada beberapa target ingin saya letakkan dan dijadikan sebagai penanda aras blog ini.  Antaranya:

1)  Minimum unique visitor paling minimum 300 visitors sehari (ketika ini 150-250 sehari)

2) Respon daripada pembaca sekurang-kurangnya 20 komen untuk tiap post (tak termasuk komen penulis).

3) Menempatkan blog myfitri di bawah angka 1 juta dalam Alexa Ranking.  (sekarang ni 1.6 juta)

4) Menaikkan page rank (PR) kepada 2.

5) Selalu dapat buffer earning Nuffnang.  (Klik fraud adalah dilarang.  Please…)

Samada tercapai atau tidak itu letak nombor dua.  Cuma sekurang-kurangnya bila ada sasaran baru rasa lagi bersemangat untuk mencapainya.  Sebab meletakkan target adalah seperti mencabar diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik.  Tapi matlamat asal berblogging masih lagi sama iaitu untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan readers.

Blog lama masih lagi ada dan tidak ditutup.  Artikel di sana masih lagi ada dan tak diimport masuk ke blog ini.  Saje je nak jadikan arkib muzium negara.hehe…  Boleh lawat dan tinggalkan komen di sini.

Akhir sekali, terima kasih kepada pengomen tegar, silent reader dan blogwalker yang rajin buat lawatan ke teratak ini serta dengan sokongan yang tak berbelah bahagi.  Mana yang baru jenguk tu jangan lupa subsscribe RSS feeds, like FB page, jadi followers dan add Twitter sekali.  Tapi takde paksaan cuma sekadar ingin meluaskan network semata.  apa pun, sokongan kalian memang terbaiklah!  Moga ianya berterusan dan pesanan penaja, majulah blogger untuk negara!

, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

32 thoughts on “Genap Setahun Aku Berblogging

  1. gudluck yeah. semoga terus sukses.

    mula-mula macam tak minat pun nak jenguk2, tapi lama-lama rasa nak buka selalu.

    penggunaan bahasa pun best. seronok jugak baca. keep it up okeh?

    bantulah blogger2 baru seperti kami ini ye senior…? :D

    oh lupa, Happy Birthsay baby myfitri[dot]com!!!
    grow healthier and smarter jyeahh…~

  2. Tahniah bro fitri atas kejayaan anda mengekalkan aktiviti berblogging hingga sekarang.Dan paling best yang saya baca tentang penanda aras tu.

    Saya pun sebenarnya masih baru lagi(tak sampai sebulan)dalam aktiviti berblogging ni.Masih mentah,banyak perlu dipelajari terutamanya untuk menghasilkan tulisan-tulisan yang memikat.

    InsyaAllah saya akan tiru cara bro dalam meletakkan penanda aras tu.
    Rahsia Buah Pinggang Sihat´s last [entry] ..Jenis-Jenis Batu Karang

    • bukan senang bila penyakit MALAS dan JEMU tu datang..

      xpe..nnti bley blaja sikit2..target kena letak supaya matlamat akhir tu jelas….samada tercapai atau tak tu soal no 2…saya pun masih belajar lagi drpf yang senior..

      thkz for compliments..kalo free jenguk2 lah sini selalu..moga ada manfaatnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

Orang Melayu Bukan Tak Pandai Berniaga..Tapi…

Di Malaysia memang masyarakat cina yang menguasai ekonomi negara.  Kebanyakan kedai atau pun entiti perniagaan dimiliki oleh bangsa mereka walaupun majoriti penduduk negara kita ialah melayu.  Tapi saya tak kisah tentang itu kerana sebagai negara yang bebas, kita berpeluang untuk berniaga atau pun apa jua aktiviti yang boleh menghasilkan duit selagi tidak bertentangan dengan undang-undang mahupun hukum agama masing-masing.  Duit kan penting untuk hidup kat dunia ni.  Kalau takde duit macam mana nak teruskan kelangsungan hidup sebab rezeki tak akan datang bergolek kalau tak dicari.  Pelanggan juga punyai hak untuk membeli pada sesiapa yang mereka sukai.

Pada masa yang sama, orang melayu turut berniaga memeriahkan lagi dunia bisnes di Malaysia.  Saya kagum dengan kesungguhan sesetengah peniaga melayu yang cuba bersaing dengan bangsa lain walaupun berhadapan dengan sepak terajang perniagaan yang kadangkala kejam.  Malangnya, ada juga sebahagian besarnya yang kecundang.  Bangkrap, hutang bertimbun walaupun perniagaan tak menjadi, gulung tikar dan macam -macam lagi.  Tapi adakah kecundangnya mereka disebabkan tak pandai menguruskan perniagaan atau kurang pandai mengurus pelanggan?

Saya bukan ahli perniagaan, cuma pelanggan biasa dan tulisan saya ini mungkin hanya keluhan seorang pembeli yang agak terkilan dengan peniaga bangsa sendiri.  Nak maju dan mengharapkan pelanggan sebangsa menyokong produk mereka tapi pada masa yang sama kurang pandai menghargai pelanggan mereka sendiri.  Dah banyak kali kena.  Kat bawah saya tulis beberapa situasi ringkas yang pernah saya alami dan anda nilailah sendiri.

Ada sekali tu pergi ke kedai motor.   Tayar motor kawan saya pancit dan kami pun singgah di kedai melayu ni.  Boleh tahan lama jugaklah menunggu tanpa dilayan siap berapa kali masuk keluar kedai.  Padahal ada je nampak pekerjanya yang lain lepak kat dalam tu.  Kalau sibuk sekali pun, sapaan tunggu kejap pun dah cukup bagus.  Pada masa yang lain, saya ke kedai cina yang terletak berhampiran untuk tukar minyak hitam motor yang dah cukup 2000km ni.  Saje je singgah di situ untuk melihat perbezaan jika ada. Baru tongkat motor pekedai dah tanya dah apa yang dia boleh tolong.  Walaupun saya nampak pada masa yang sama dia sibuk membetulkan motor lain.  Masa survey motor pulak,  diberi air mineral percuma pulak lagi ketika sedang membelek motor yang berkenan di hati.

Keadaan yang hampir sama berlaku masa nak betulkan laptop kat Plaza Alam Sentral.  Dah berdiri depan dia pun boleh buat dek layan main game dengan hisap rokok.  Sangat tak berdisiplin dan tak hormat pelanggan langsung.  Tanya pun jawab acuh tak acuh pasal syok sangat main game die tu.  Dua benda tadi adalah sebahagian daripada apa yang pernah saya lalui bila berurusan dengan peniaga melayu.  Ada banyak lagi tapi cukuplah untuk kali ini.  Lagipun bukan niat tulisan entri ini untuk menghentam, cuma menegur apa yang kurang supaya dapat diperbetulkan. 

Tapi tak dinafikan ramai yang bagus dan sangat peka dengan pelanggan walaupun hanya jual ais krim kat pasar malam.  Ya hanya di pasar malam.  Jual benda simple.  Tapi kerana interaksinya yang baik dengan pelanggan membuatkan saya nak beli ais krim yang dia jual setiap kali ke pasar malam.  Jika kita rasa dihargai tak mustahil kita boleh jadi pelanggan tetapnya walaupun tanpa sengaja.

Mungkin antara penyebab kegagalan perniagaan orang melayu bukan hanya kepada kelemahan pengurusan perniagaan atau pun sabotaj daripada pihak luar semata, tapi mungkin juga kerana kurangnya mereka menghargai pelanggan mereka sendiri.  Kalau bukan pelanggan yang beli siapa lagi betul tak?  Sesiapa yang agak-agak terasa tu tolonglah ubah perangai cepat-cepat.  Nanti dah lingkup baru nak termenung sorang-sorang.

 

 

Paling Panaz
No tags for this post.
Recent Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>