Final Piala FA 2015: No Import No Problem!

Berakhir sudah saingan Piala FA untuk musim 2015 semalam selepas Lions IX berjaya mengalahkan Kelantan dengan tiga gol berbalas satu.  Pasukan pilihan mestilah Kelantan walaupun saya bukanlah anak Kelantan atau rakyat Singapura.  Game final semalam dah macam antara Malaysia lawan Singapura pulak dan seharusnya saya menyokong pasukan yang membawa cabaran Malaysia..haha.  Memang layan la depan TV tu sambil makan rempeyek dengan Yakult kurang manis.

Secara keseluruhan game semalam boleh tahan jugak la walaupun kedua-dua pasukan (terutamanya Kelantan) agak lambat panas di awal permainan.  Banyak hantaran yang tak sampai pada rakan sepasukan dan peluang depan gol yang tak disempurnakan dengan baik.

Boleh dikatakan Kelantan banyak menguasai permainan berbanding Lions.  Tapi apakan daya Lions lebih banyak memanfaatkan peluang walaupun peluang tu tak selalu datang dan kesilapan defender Kelantan jugak menjadi faktor kekalahan Kelantan semalam.  Penjaga gol Lions Izwan Mahbud pulak menang superb!  Banyak cubaan bahaya yang berjaya diselamatkan sepanjang 90 minit perlawanan dan memang layak untuk digelar man of the match.

Pada saya Lions memang berhak menang lepas tengok player diorang bermain bermati-matian. Semangat juang memang tinggi walaupun dilabel sebagai underdog untuk final kali ni.

Cuma yang menarik perhatian saya semalam ialah Lions berjaya membuktikan sesuatu yang selalunya dianggap mustahil untuk berlaku.  Nak diikutkan kebanyakan pasukan  yang bersaing dalam Liga Malaysia banyak menggunakan pemain import dalam usaha untuk memenangi piala yang dipertandingkan dan semestinya memerlukan kos yang tinggi untuk membayar gaji mereka.  Tapi Lions membariskan pemain tempatan dan kebanyakannya merupakan pemain muda yang juga pemain pelapis skuad kebangsaan Singapura.

So diorang dah membuktikan bahawa kesungguhan, disiplin, semangat juang dan semangat berpasukan jugak adalah benda yang penting dan tak seharusnya bergantung kepada pemain import semata untuk mencapai kejayaan.  No import no problem!

Apa pun tahniah Lions IX dan cuba lagi tahun depan buat pasukan Kelantan.  Masih ada Piala Malaysia dan Piala Liga Super untuk direbut dalam baki saingan.  Kelantan is a better side but this is football.hehe.

Sejarah telah tercipta buat pertama kalinya Piala FA dimenangi oleh pasukan bukan daripada Malaysia…

fitri johari

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com
fitri johari

Latest posts by fitri johari (see all)

5 Replies to “Final Piala FA 2015: No Import No Problem!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: