Assalamualaikum…
Selamat berpuasa semuanya. Alhamdulilah hampir dua minggu kita berpuasa dan bulan Ramadhan telah berada di fasa pertengahannya. Masih lagi buat kerja part time bulan puasa ni walaupun ramai member yang dah berenti. Saja je nak test power nak tengok larat ke tak berdiri tengah panas sambil waterjet lantai yang hitam legam. Memang mencabar jugak la beb masa awal-awal tu. Rasa macam pening-pening pun ada bila hari semakin menuju ke petang. Tapi lama-lama dah biasa selepas dua minggu berlalu.
Ibadah berpuasa diwajibkan kepada seluruh umat Islam bila tibanya bulan Ramadhan berdasarkan kepada firman Allah:
“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa” (Al Baqarah:183)
Malangnya, ada sebahagian daripada umat Islam yang tak mengendahkan langsung perintah berpuasa dengan sengaja makan dan minum tanpa rasa segan. Kat tempat kerja pulak ramai yang tak puasa (lelaki of course). Buat rilek je hisap rokok berkepul-kepul depan orang macam takde pape yang berlaku. Cuma bila bab minum air jela diorang cover sikit. Masuk dalam lori tunduk kepala sikit paras dashboard lepas tu sedut. Satu yang saya perasan trademark orang tak puasa ni diorang suka minum air dalam plastik bertangkai tali halus tu. Lepas tu gantung dekat tempat pencucuh rokok. Entah mana diorang dapat Allah jela yang tahu. Rasanya hampir semua kedai makan tutup siang-siang buta ni.
Kalau yang kuli tu tak puasa boleh tahan lagi la mungkin sebab buat kerja-kerja berat dan memang ada pengecualian untuk mereka yang melalui keadaan seperti ni. Ni mamat-mamat supervisor pulak yang buat hal. Padahal kejenya round-round, pantau kerja orang bawah (kalau dia pegi pantau) dan bagi arahan kat pekerja. Itu saja. Nak tengok diorang pegang batang penyapu pun susah. Setel round balik office boleh pulak lepak bawah air cond lagi. Tu pun tak larat jugak ke? Hahadui!
Senyum sinis je tengok gelagat orang macam ni. Muka gangster macam pelakon filem KL Gangster dah. Tapi lembik rupanya. Nak puasa siang hari pun tak larat. Puas mencuba nak bersangka baik. Memang tak boleh jugak sebab dah terlalu open sangat. Moga hidayah Allah akan datang menjengah untuk baki separuh bulan lagi ni.
Cuma satu je pesanan untuk diorang juga untuk korang seandainya korang juga termasuk dalam kelab kaki tak puasa. Fikir la sikit pasal keberkatan hidup masing-masing. Kita berjalan di atas Buminya dan perintahnya jugalah yang harus kita ikuti. Mana nak datang berkat kalau perkara wajib macam ni pun dilanggar dengan penuh rasa rileks dalam diri.
Tak marah. Hanya nak menasihati sesama muslim. Fikirlah sendiri…
Gambar: Google
- Masihkah Ada Lagi Rasa Selamat Ketika Ini? (8)
- Jangan Biarkan Ia Terlepas Begitu Saja! (2)
- External Hard Disk Palsu Di PC Fair? (8)
- Bila Agaknya Orang Politik Nak Sedar Diri (7)
- Selamat Tinggal Cuti Empat Bulan! (6)

pernah tertengok org potong ayam kat pasar sorok2 belakang meja kaunter minum air dalam plastik bertangkai tali halus tu jugak la..bile dy perasan dy da terkantoi,dy senyum then pusing ke lain..aisey..
minum air dalam plastik bertali halus adalah trademark org tak pose..huhu
fitrijohari´s last [entry] ..Misi Maut Somalia: Lebih Baik Tolong Orang Kita
astaghfirullah al azim. susah ke nak puasa penuh ni. kalau gi kl sentral, tndas awam tu bersepah org melayu tgh smoking
tu orang melayu lemau!
fitrijohari´s last [entry] ..Misi Maut Somalia: Lebih Baik Tolong Orang Kita
ada juga yang tak puasa ye..
ohcikgu´s last [entry] ..Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog Ohcikgu.com
dah macam pondan..tu pun tak larat
fitrijohari´s last [entry] ..Misi Maut Somalia: Lebih Baik Tolong Orang Kita