Demokrasi: Bagaimana Ia Sepatutnya Berlaku?

Share if you love this!

Korang faham apa itu demokrasi?  Atau mungkin memahami maknanya secara literal tapi tak tak berapa faham dengan pelaksanaan dalam erti kata yang sebenarnya.  Okay, untuk yang belum tahu maksud demokrasi secara ringkasnya adalah seperti berikut.

Form of government, where a constitution guarantees basic personal and political rights, fair and free elections, and independent courts of law.

(kredit: democracy building)

Government by the people; a form of government in which the supreme power is vested in the people andexercised directly by them or by their elected agents under afree electoral system.

(kredit: Dictionary.com)

Senang kata demokrasi ni adalah satu sistem pembentukan kerajaan yang berasaskan kepada pilihan rakyat di samping memberikan kebebasan kepada rakyat untuk memilih dan juga untuk bersuara.  Bebas untuk pilih dan bersuara.  That’s the keyword.

Tapi adakah ianya benar-benar dilaksanakan dengan betul di negara-negara yang mengamalkannya (termasuk Malaysia) atau sekadar pinjam nama je?  Kalau kat Malaysia ni pada saya rasanya belum lagi.  Masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya pasal sistem pilihanraya dan kebebasan bersuara.  Takdela kata tak bagus langsung cuma banyak benda macam tak kena. 

Tu belum masuk lagi perangai sebahagian ahli politik yang kadang-kadang macam budak-budak.  Kondem tak tentu pasal dan kadang-kadang main serangan peribadi bila kalah berhujah dengan pihak/parti lawan.  Very unprofessional.

So nak belanja sket gambar yang saya dapat dekat page Facebook KBSB.hehe..

554821_10150796684572189_345034017188_11758167_1475167201_n

Bila refer gambar kat atas, pada saya inilah yang sepatutnya berlaku.  Dua pihak berlainan ideologi politik membentangkan polisi yang boleh bagi manfaat kat rakyat.  Tak kisah la dalam bentuk debat ke forum atau pun ceramah.  So saya sangat tak setuju bila dikatakan debat itu membawa perpecahan dan tak bermanfaat.  Elok kementerian pelajaran batalkan penganjuran pertandingan bahas ala parlimen kalau macam tu.  Padahal rasanya ini la  antara platform yang terbaik untuk kedua-dua pihak berlumba menghasilkan sesuatu polisi yang bagus.  Mana kekurangan yang dikorek pihak lawan dan dirasakan munasabah patutnya diperbetulkan.  Bukannya pegi buruk-buruk kan diorang pulak dengan serangan peribadi.

Kemudian, pengundi dibiarkan membuat keputusan melalui kotak undi dengan bebas tanpa sebarang pengaruh termasuklah rasuah terang-terangan daripada parti politik.  Sape yang buat korang fikirlah sendiri.

Sape yang menang die laksanakan polisi yang dah dibuat dan yang kalah patutnya berlapang dada dan bersedia menjadi pembangkang yang baik.  Bukan kejenya nak kondem je manjang.  Benda yang betul disokong dan salah kritik straight away.

Malangnya benda-benda ni masih jarang berlaku kat Malaysia dan ianya menyebabkan dewan rakyat dan sidang DUN dah jadi macam rubberstamp.  Lulus sesuatu benda secara membabi buta.

Tapi rasanya harapan masih ada.  Dengan pertambahan pengundi muda yang rata-ratanya pengundi atas pagar dan tak join parti politik ni akan mengubah landskap demokrasi negara.  Sebab diorang tak sokong mentah-mentah macam tu je tanpa melihat apa yang sebenarnya berlaku disekeliling mereka.  Apa yang dibaca di dada-dada akhbar, TV dan juga internet tak mudah diterima bulat-bulat macam tu je.

Kalau orang dulu menyokong parti politik guna motto “Dulu Kini Selamanya” orang sekarang pulak mungkin tak macam tu lagi.

Sementara tu, sapa yang dah layak untuk mengundi tu sila-sila la ye pegi mendaftar.  Pegi pejabat pos je senang untuk mendaftar.  Exercise your right!

fitrijohari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.

Latest posts by fitrijohari (see all)

4 thoughts on “Demokrasi: Bagaimana Ia Sepatutnya Berlaku?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: