Biasiswa JPA: Wajar Ke Nak Biasiswa Tanpa Interview?

Assalamualaikum…

Tahniah kepada semua pelajar lepasan SPM yang dah mendaftar di IPT masing-masing kelmarin.  Tak kira la samada korang pilih matrik atau pun UPU.  Apa yang pasti korang dah berada di jalan menuntut ilmu.  Masa pening memilih antara keduanya dah berakhir dan sekarang adalah masa nak pulun habis-habisan untuk berjaya dikemudiannya nanti.

Tengah orang sibuk-sibuk nak mendaftar masuk U ni, tetibe kecoh pulak mengenai isu pemberian biasiswa JPA untuk pelajar cemerlang SPM yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara tak lama lagi.  Apebende yang jadi isunya ni?

 

Untitled-2

Untuk tahun ini, kerajaan Malaysia melalui JPA telah memperuntukkan sebanyak 1500 tempat untuk biasiswa luar negara dan 300 daripadanya dipilih berdasarkan merit untuk mereka yang mendapat keputusan 9A+.  Baki 1,200 geran luar negara, diagihkan kepada mereka yang layak mengikut empat kategori iaitu Bumiputera Sabah (lima peratus), Bumiputera Sarawak (lima peratus),  komposisi sosial atau komposisi kaum (60 peratus) dan golongan kurang berada dari segi sosial (10 peratus).

Seperti biasa bila nak mohon biasiswa ke luar negara, pelajar yang layak perlu menjalani proses temuduga untuk memilih yang berpotensi sebelum dihantar ke luar negara btol tak?  Isunya sekarang Presiden MCA, Chua Soi Lek mendesak JPA untuk membatalkan proses temuduga dan memberi biasiswa tu secara automatik kepada yang cemerlang tadi walaupun bila pegi interview performance macam hampeh.  So nak tanye pada korang semua.  Korang rase elok ke bagi biasiswa luar negara macam tu je tanpa perlu ditapis?

Bagusnya tak payah pegi interview…

Pelajar tak payah nak pening-pening tak payah nak gabra-gabra pegi interview.  Siapa yang pernah pegi mesti tau kan keadaan orang yang nak pegi interview?  Tambah pulak bukan semua boleh menghadapi interview dengan tenang terutamanya yang baru first time pegi.  Lagi satu, siape yang suka pegi interview iye tak?

Tapi…

Harus diingat duit biasiswa JPA adalah duit pembayar cukai.  Semestinya kita sebagai rakyat Malaysia yang bayar cukai mengharapkan hanya yang terbaik je yang perlu dihantar lepas tu boleh berkhidmat untuk negara pulak.  Kalau tak buat interview macam mana kita nak tahu potensi sesuatu calon tu kan?

Best students dah ramai..  A+ berderet pun dah ramai.  Tapi benda tu bukan segalanya.  Banyak benda lain lagi yang kena dinilai.  Sahsiah diri, cara berkomunikasi, keterampilan dan lain-lain pun kena dilihat juga.  Harap-harap JPA teruskan juga dengan sesi interview tu.

Yang penting sesi interview mesti TELUS.  Mungkin ini agaknye yang dipertikaikan oleh MCA.  Mana taknya sape yang ade kabel, kenal orang dalam senang-senang je dapat walaupun tak berapa bagus.  Orang yang tak ade kabel komfemla hangin ye tak bila menjadi mangsa diskriminasi puak berkabel ni  Harap-harap pihak JPA pandang serius benda ni.  Kalau tak sampai bila pun isu ni tak akan selesai.

Selamat belajar kepada semua!

Sumber: Malaysiakini dan TheMalaysianInsider

, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

21 thoughts on “Biasiswa JPA: Wajar Ke Nak Biasiswa Tanpa Interview?

  1. Kalau pointer diploma dapat CGPA 3.5,tapi spm 3 kredit jak,ada peluang ke nak dapat biasiswa JPA untuk sambung degree dalam negara?help me

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: