Berakhir Sebuah Lagi Episod Kehidupan

Alhamdulillah berakhir satu lagi episod kehidupan dengan jayanya lepas aku dah disahkan tamat pengajian kat UTM di peringkat ijazah sarjana.  Kemain gembira lagi bila baca suratnya tadi.  Akhirnya berjaya jugak melepasi cabaran ini selepas berhempas dan terhempas selama setahun setengah.  InsyaAllah majlis konvokesyen akan berlangsung pada penghujung bulan April nanti.  Tentunya akan menjadi sejarah hidup yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.

Kat UTM ni stail die pos surat pengesahan tamat pengajian kepada pelajar yang berkenaan. Masa kat UiTM dulu surat ni kena dipohon sendiri dekat pejabat bahagian konvokesyen. Kalau tak kena tunggu amek ijazah masa konvo esok la dapat skrol terus.  Cuma yang bagusnya bila ada surat ni senang sket nak guna terutamanya untuk sesiapa yang nak mintak kerja sebelum konvo.

Buat masa ni aku masih lagi dalam fasa mencari pekerjaan yang bersesuaian.  Masih sibuk update resume dengan mengayat buat cover letter.  Serius jenuh nak fikir sambil goreng ayat. Ada la beberapa permohonan yang dah dihantar kepada syarikat yang berkaitan.  Mudah-mudahan lembut la hati HR tu nak panggil untuk sesi interview.

Keadaan ekonomi yang agak lembab buat masa ni memang satu cabaran terutamanya untuk orang yang tengah carik kerja macam aku.  Daripada apa yang aku perhatikan banyak company nak amek yang ada experience berbanding fresh graduate.  Maklum la orang dah ada pengalaman kerja ni tak payah nak kena train macam yang freshie.  Company dah boleh save bajet dah kat situ.  Tapi takpela sekurang-kurangnya mencuba.  Rezeki Allah yang bagi dan kalau memang itu rezeki kita tak akan lari ke mana.

InsyaAllah aku akan share sket pengalaman belajar sepanjang setahun setengah kat sini dalam entri akan datang.  Stay tuned!

fitri johari

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com
fitri johari

Latest posts by fitri johari (see all)

4 Replies to “Berakhir Sebuah Lagi Episod Kehidupan”

  1. Salam..saya ada nak tanya sikit..untuk course Industrial engineering tu rasanya boleh tak ambil course tu bagi yang tak ada degree engineering. Saya lepasan rekabentuk industri (lebih kepada art) tapi macam berminat nak ambil course ni sbb ada minat jugak dalam bidang engineering. Masa SPM dulu ada ambil subjek Teknologi Kejuruteraan dan masa foundation di universiti saya ambil course Engineering satu semester sebelum tukar ke Arts & Design(minat dua2 course tapi lebih kepada arts masa tu). But sekarang ni dah lima tahun grad dan bekerja sebagai Designer. Sekarang bila nak sambung master teringin pulak nak sambung ke bidang yang lebih teknikal but tak sure if boleh carry subjek2 dalam course ni sebab dah lama tinggal. So nak tanya pendapat, berdasarkan pengalaman awak belajar course ni adakah subjeknya terlalu susah dan teknikal yang mana sukar untuk student yang tak ada degree engineering untuk ambil course ni, kira not recommended langsung la. Or subjeknya lebih general yang mana student dari pelbagai bidang pun boleh senang catch up lesson? TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: