Benda Menarik Dalam Pilihanraya Sarawak

Assalamualaikum…

Berakhir sudah pilihanraya negeri Sarawak pada hari Sabtu lepas.  Tsunami politik yang dijangka berlaku pada awalnya hanya menjadi ombak biasa yang tak mendatangkan bahaya.  Tahniah kepada Barisan Nasional yang berjaya mengekalkan kekuasaannya di sana.  Tapi jangan lupa ye amanah yang orang dah bagi tu.  Kesian pulak tengok kampung-kampung yang sangat daif kat TV.  Daripada bagi wifi, laptop dengan set TV + Astro kat rumah panjang diorang baiklah korang utamakan infrastruktur asas macam jalan raya, air dan elektrik dulu.  Komfem lagi banyak faedahnya daripada bagi bende alah tadi.

Buat Pakatan Rakyat pulak akur saja dengan kekalahan kali ini dan lepas ni jadilah pembangkang yang efektif kat sidang DUN nanti.  Andalah sebagai check and balance kepada kerajaan sedia ada.  Bangkang apa yang perlu dan sokong mana yang bermanfaat untuk rakyat ok!  Tak payah nak gaduh-gaduh.

Entri ni bukan nak bahas pasal politik tapi cuma nak kongsi benda menarik pasal pilihanraya Sarawak ni.  Kepada sesiapa yang mengikuti proses pilihanraya hari tu melalui internet mesti korang perasan bahawa kemudahan internet melalui medium blog, portal berita online  dan laman sosial telah digunakan semaksima mungkin oleh parti-parti politik bertanding dan juga media yang membuat liputan pilihanraya di sana.

Untitled1

diupdate setiap 5 minit

Masa PRU 2008 dulu, internet hanya dieksploitasikan untuk tujuan berkempen sahaja.  Kita pulak kena melangut depan TV untuk tahu keputusan daripada SPR.  Tapi kali ni diorang siap guna internet untuk memaklumkan keputusan pilihanraya secara real-time lagi.  Maksudnya, kita boleh tahu dah jumlah undian masa proses pengiraan undi sedang berjalan.  Dengan hanya Tweet daripada wakil calon yang tengah tengok proses pengiraan tu kita dah boleh tahu keputusan lebih awal tanpa perlu menunggu pengumuman SPR.  Kekerapan tweet pulak bergantung kepada peti undi tu.  Sebab bila habis je kira kat dalam satu peti tu diorang akan terus update.

 

Untitled3

Update tweet setiap kali peti undi habis dikira…

Untitled2

siap letak Google Map lagi…

Ye..keputusannya memang tak rasmi.  Tapi last-last kebanyakan keputusan hampir sama dengan apa yang diumumkan oleh SPR.  Kalau tengok portal berita pulak diorang siap buat jadual lagi dan ianya akan diupdate setiap 5 minit.  Cepat kan?

Untitled4

Jadual undian semasa…

Harap-harap perkara yang sama akan berlaku mase PRU 13 nanti barulah menarik ye tak.  Hehe.. Dengar cerita dah tak lama lagi dah.

Eh…korang yang berumur 21 tahun ke atas sambil mengusya entri ni dah mendaftar sebagai pengundi ke belum?

Kredit: FreeMalaysiaToday, Malaysiakini, TheMalaysianInsider, Swak4Chg

, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

24 thoughts on “Benda Menarik Dalam Pilihanraya Sarawak

  1. mmg dunia semakin canggih..tpi hari tu tgk berita, pegawai tu ckp xboleh kecoh keputusan sblm masanya..boleh di dakwa wo..so, kita para bloggers, kena berhati2 dlm menyebarkan artikel @ info..

  2. bila teknologi makin maju kian hari, segala perkara dapat diakses dengan mudah.. even result pilihan raya pun dapat diketahui dari rangkaian internet… semoga parti yg menang tu dapat mengalas tanggungjawab dengan penuh amanah…
    MR.Z´s last [entry] ..Windows 8 dan Penantiannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: