bahasa inggeris itu penting mr.jala

Share if you love this!

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala ada mengeluarkan kenyataan mengenai keperluan penguasaan bahasa inggeris untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.  Beliau menyifatkan bahawa penguasaan ‘bahasa penjajah’ ini adalah tidak perlu untuk mencapai matlamat tadi. Kurang sepuluh tahun lagi, wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir akan sampai ke tempoh matangnya.  Tapi, adakah ianya mampu dicapai tanpa kehadiran bahasa inggeris di negara kita?

images

Selepas tersiarnya kenyataan beliau yang merupakan CEO Pemandu dan bekas CEO Malaysia Airlines, ianya mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia.  Ada yang menyokong tapi lebih ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataannya tadi.  Ada juga yang menyifatkan kenyataan ini bersifat politik sebab sebagai usaha untuk menyokong langkah kerajaan memansuhkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris di sekolah (PPSMI).  Macam-macam….

Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan digunakan di sekuruh dunia.  Hampir kebanyakan negara menggunakan bahasa ini sebagai bahasa perantaraan dalam hubungan diplomatik mahupun ekonomi mereka walaupun bahasa kebangsaan mereka bukanlah bahasa inggeris.  Selepas British dan Amerika menjajah negara lain, bahasa ini semakin berkembang dengan pesatnya dan ketika ini masih kekal sebagai bahasa utama dunia walaupun dieekori rapat bahasa lain seperti mandarin, perancis dan lain-lain.

Majoriti buku-buku teks yang digunakan oleh mahasiswa universiti dalam pengajian mereka pun dalam bahasa inggeris melainkan kalau amek course pengajian bahasa melayu.hehe..  Interview nak mintak kerja apatah lagi.  Tak pernah dengar lagi ada majikan yang menggunakan bahasa melayu untuk interview calon pekerja mereka.  Kalau ada pun mungkin interview nak kerja kat fast food je la kot.  Internet pun guna bahasa inggeris tau!  Contoh-contoh ini sebagai bukti bahawa kepentingan penguasaan bahasa inggeris bukan satu benda yang boleh disangkalkan lagi.  Kalau interview dalam bahasa melayu sedap la kita goreng tyme interview tu!

Tak dinafikan ada negara yang maju tanpa memerlukan kehadiran bahasa inggeris dalam hidup mereka.  Contoh terdekat ialah negara Jepun, Korea dan China.  China pulak sedang bersaing dengan Amerika untuk menjadi negara kuasa ekonomi terbesar dunia.  Tapi tahukah anda bahawa ketika ini permintaan kelas bahasa inggeris di sana sedang meningkat? Mereka pun sedar yang bahasa inggeris ni penting untuk mengekalkan kemajuan negara mereka.

Lagipun macam kat Jepun, diorang ni rajin-rajin belaka dan sangat gigih dalam menuntut ilmu.  Dengan sifat itulah banyak ilmu dan teknologi yang mereka dapat tanpa perlu bergantung harap kepada negara luar yang memerlukan penguasaan bahasa negara terbabit.  Tapi keadaan di Malaysia sangat berbeza.  Kita belum mampu menghasilkan teknologi sendiri.  Kalau ada pun tak banyak.  Sebab tu la kita perlu mencedok teknologi orang lain buat masa ni dan untuk mencedoknya mestilah dengan faham bahasa inggeris kan?  Harap-harap lepas ni pergantungan tu semakin berkurangan dan kalau boleh biarlah teknologi baru yang dijumpai nanti “from Malaysians to Malaysians and the world”.  Baru gempak!

Takut pulak nanti, bila menteri dah cakap macam ni, makin ramai yang malas nak belajar bahasa antarabangsa ni terutamanya pelajar-pelajar di kampung.  Ye la, bahasa inggeris pun bukannya terlalu senang untuk dikuasai.  Tapi ada satu benda yang membuatkan saya berfikir sebentar.  Kenapa ye majoriti masyarakat kita sangat susah nak menguasai bahasa ini walaupun hampir 12 tahun kita belajar bahasa inggeris masa sekolah dulu?  Orang arab yang tak tahu cakap inggeris sepatah haram pun masa baru masuk UiTM boleh power dalam masa 3 semester.  Kat mana silapnya tu?  Pelik-pelik…

fitrijohari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.

Latest posts by fitrijohari (see all)

12 thoughts on “bahasa inggeris itu penting mr.jala

  1. Jamal Rafaie

    Aku rasa kita kena duduk kat negara orang baru bleh cakap, sebab cam ne pun kita kena cakap..

    Tengok la mat bangla yang datang malaysia, mula2 sepatah haram pun x tau ckp melayu, lama2 ok la.. 10, 20, 30, penuh.. hehe..

    Reply
    1. fitri

      itu salah satu darinya…tp kita tak mampu pulak nag pegi…cuma terpegun org lain senang je ley cakap english dalam masa singkat…ade yg tak kena ni pada sistem pembelajaran kat sekolah…12 tahun belajar pun tak lancar lagi…
      fitri´s last [entry] ..Ada apa dengan 10102010

      Reply
  2. Sophon

    Dalam sukatan pelajaran, cukup lah kalau kementerian buat silibus belajar BI untuk komunikasi saja. Tak perlu belajar mendalam sampai sastera BI, idioms, susun ayat dll.

    Semua ni akan datang secara tidak langsung. Apabila kamu pandai komunikasi dalam BI, kamu akan terdedah dengan benda benda macam idioms, slangs ni..
    Sophon´s last [entry] ..Falsafah Taoisme and- Tao Te Ching

    Reply
    1. fitrijohari Post author

      saya rasa elok dipandang begitu..kita tak dapat menolak kepentingan bahasa inggeris sekarang..tapi dalam masa yang sama bahasa melayu jangan dipinggirkan

      Reply
  3. yhang

    english mmg x sukar tuk dphami .nak blajar,kena ada usaha dan tak smestinya bila da “fluent english” melayu pula diketepikan…yg penting sbgai pewaris..kita anggap sja ia sbgai satu cabaran yg perlu kita lalui…. ;)

    Reply
  4. zifa

    betul.. kat universiti banyak buku rujukan dalam bahasa Inggeris..nak buat thesis pun kena bahasa Inggeris.. nak present. Alangkah baiknya jika bahasa inggeris dikuatkuasa masa sekolah lagi. tidaklah terkapai baru nak belajar bahasa inggeris kat universiti.

    zaman moyang dulu pun sekolah bahasa inggeris tapi mereka tak lupa pun bahasa melayu.
    zifa´s last [entry] ..Belajar Renang di Rumah

    Reply
    1. fitrijohari Post author

      saya setuju pelaksanaannya diteruskan sebab usahanya telah pun dimulakan.. lain la kalau belum buat lagi kan..lagi pun kita dah belanja berbilion ringgit so bila tiba-tiba dibatalkan semacam kita jadikan pelajar kita sebagai bahan eksperimen pulak..tukar je menteri dasar pun bertukar
      fitrijohari´s last [entry] ..Antivirus Percuma Kaspersky Endpoint 8

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: