Aku Zikirkan Nama Mu

Semalam sempat ke majlis penutup program Mernilam ’14 anjuran Kolej Tuanku Canselor UTM. Tak sempat nak join program secara penuh dek kekangan masa.  Dapat join majlis penutup pun jadi la.

Terasa tua pulak sebab tengok yang join program dua hari ni ramai daripada kalangan adik-adik freshie yang baru masuk UTM.  Bagus la dik kalau awal-awal dah rajin pegi program macam ni.  Tapi zaman belajar ni banyak mehnahnya.  Maklum la zaman baru nak kenal dunia dan jauh daripada ibu bapa.  Kalau korang dapat istiqamah begini insyaAllah boleh nampak la sinar kejayaan.hehe

Datang majlis penutup macam biasa ada ucapan daripada tetamu tapi apa yang ditunggu ialah konsert artis jemputan iaitu kumpulan Far East.  Agak biasa tengok konsert UNIC dan In-Team masa zaman belajar dulu tapi Far East ini yang pertama kali.  Tu yang nak tengok sangat tu.

Tak silap lapan lagu diorang bawak semalam dan suara Masya-Allah memang superb! Pengisian antara lagu pun bagus.  Ada part santai ada sedih dan ada jugak yang menginsafkan.  Kalau part lawak jangan cakap la memang nak pecah perut dibuatnya.

Satu yang aku suka dengan konsert nasyid ialah kebanyakannya kumpulan nasyid pandai interact dengan audien.  So takdela layan lagu je kan.  Pernah jugak tengok persembahan artis lain tapi dalam aspek ni pada aku secara peribadi artis nasyid lebih terkehadapan.

IMG_20141012_232408

Habis konsert sempat sambar album terbaru Far East yang bertajuk Aku Zikirkan Nama Mu lepas jatuh hati tengok persembahan diorang.  Album ketujuh ni baru je launch dalam seminggu dua ni.  Dah biasa dengar kat Spotify sebenarnya tapi beli jugak satu sebagai tanda sokongan atas usaha keras diorang dalam menghasilkan album ni.  Pada aku best lagu- lagunya.

IMG_20141012_232434

Ada 17 track dalam album ni campuran antara zikir, doa, lagu dan tazkirah.  Lagu favourite aku dalam album ni adalah Syahadah dan Fazli Far East sempat kongsikan bagaimana lagu ni dihasilkan pada malam tu.  Seriously, tak rugi korang beli dan album ni boleh dibeli melalui web In-team Mobile dengan harga RM 19.90 sahaja.

Dek kerana suara yang tak berapa nak sedap mungkin aku hanya sesuai jadi peminat nasyid sahaja..haha

Sekian..

fitri johari

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com
fitri johari

Latest posts by fitri johari (see all)

8 Replies to “Aku Zikirkan Nama Mu”

  1. Ya…penyanyi nasyid sentiasa membawakan satu penampilan yang unik dan tersendiri. Walaupun lagu-lagu nasyid kini telah ditransformasikan menjadi lebih moden dan mesra pendengar, namun mesej yang ingin disampaikan melalui setiap lagu akan tetap sampai. Semoga kita lebih mengangkat martabat lagu-lagu nasyid negara kita.

  2. Setuju dengan anda, kita seringkali di sogokan dengan lagu-lagu yang melalaikan. Setidak tidaknya dengan lirik lirik zikir seperti album ini akan dapat membantu menenangkan fikiran dan hati yang rungsing. Disamping mendekatkan diri dan senentiasa ingat akan siapa diri kita disisinya. Kita akan berasa insaf betapa kerdil diri ini, dan betapa maha besar lagi agung penciptanya.
    Zalha´s last [entry] ..Play Car Racing Game for Fun and Frolic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: