Adun Galas, Che Hashim Sulaiman telah meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang semalam akibat penyakit kanser usus. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Islam Kampuang Baru dan jenazah beliau dibawa pulang ke Gua Musang, Kelantan untuk dikebumikan di sana.
Arwah telah menghidapi barah usus sejak tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di China dalam usaha untuk mengubati penyakitnya yang semakin serius. Arwah telah meninggalkan dua orang isteri serta sebelas orang anak. Seramai 3000 orang telah menyembahyangkan jenazah dengan diimami Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz sebelum dikebumikan sejurus selepas itu.
Dun Galas adalah salah satu DUN yang terletak di bawah parlimen Gua Musang. DUN lain ialah Paloh dan Nenggiri. Ketika Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, arwah yang mewakili PAS telah mengalahkan calon BN dengan majoriti 646 undi.
Al-Fatihah untuk arwah dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Belum pun sampai sehari pemergiannya, orang dah sibuk bercakap mengenai pilihan raya kecil. Jika pilihan raya diadakan, ia adalah yang ke-12 dan kedua di Kelantan sejak PRU-12 pada tahun 2008 yang lepas. PRK sebelum ini ialah di Hulu Selangor. Tarikh PRK masih belum diumumkan tetapi dijangka akan berlaku akhir Oktober ini.
Tunggu je la masa kempen nanti. Macam-macam janji yang bakal keluar daripada mulut calon yang bertanding. Projek mi maggi tak kurang hebatnya. Yang tak masuk akal pun ada. Tapi nak dapat undi punya pasal, mana yang tak mampu dilaksanakan turut dijanjikan juga dan yang paling untung komfem pengundi setempat. Macam-macam boleh dapat. Lain kali kalau tak tertunai kita cili mulut diorang ramai-ramai.hehe…
Longkang yang dah sepuluh tahun tersumbat (walaupun berbuih aduan dibuat) boleh dibaiki tak sampai sehari! Pak cik tua miskin yang puas memohon bantuan jabatan kerajaan bertahun-tahun pun boleh dapat bantuan dalam sekelip mata. Hebat betul kuasa pilihan raya ni sehingga ada yang mendoakan penyandang kerusi meninggal cepat-cepat. Boleh mintak macam-macam masa PRK nanti. Tapi, habis pilihan raya keadaan jadi seperti sedia kala. Senyap sunyi seperti sebelumnya. Janji yang berdegar-degar dikata masa kempen makin hilang ditelan masa.
Entahlah..Tengok jela samada berlaku ke tak nanti benda macam ni. Kalau berlaku ia bukan sesuatu yang pelik sebab itu adalah gaya politik di Malaysia. Entah bila akan berubah…Hurm…
- Kat Mana-mana Pun Boleh Mati! (4)
- M. Rajoli meninggal dunia? (6)
- UNICnya Ramadhan 3 Gempak! (5)
- Pilihanraya Kecil Ke-14 Bakal Bertandang (43)
- Belasungkawa Zulhilmi Ibrahim a.k.a MZ (23)
Arwah telah menghidapi barah usus sejak tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di China dalam usaha untuk mengubati penyakitnya yang semakin serius. Arwah telah meninggalkan dua orang isteri serta sebelas orang anak. Seramai 3000 orang telah menyembahyangkan jenazah 
Kat Kelantan? Habislah, pertembungan Melayu lawan Melayu.. Hehe..
Jamal Rafaie´s last [entry] ..MENUJU WAWASAN – UNIQ
haah…tunggu je la nanti..sengit punya
fitrijohari´s last [entry] ..Adun galas meninggal duniamaknanya…
Gua Musang tu kubu kuat BN , mungkin ada harapan cerah BN nak tawan Galas…
encikbeliau´s last [entry] ..20 design footer yang menarik – cantik dan kebaboom!
haha..ku li ade situ..xtau la..kite tgk je nanti..mesti hot mcm PRK lain…
al fatihah
ishak´s last [entry] ..Miyabi Maria Ozawa Meninggal Dunia
al-fatihah utk beliau…
fitrijohari´s last [entry] ..dalam handset ada emas!
al-fatihah..buatlah pilihan terbaik
aizuddin´s last [entry] ..Oh! Koleksi Duit Raya 2010
yup betul kerana mengundi penentu nasa depan negara..hehehe
al-fatihah…
fitrijohari´s last [entry] ..dalam handset ada emas!